Kamus Katering
Link Fail : Kamus Katering
Butiran Diri
Nama : Abdul Karim Bin Hj Mohd Amin
Umur : 61 tahun
No Tel : 019-4451469 / 05-4321262 (pej)
Tahun menjadi ahli pusat internet : 1/6/2010
Bentuk Perniagaan
Usahawan yang menyediakan perkhidmatan catering dan telah menjalankan perniagaan semenjak 2011 lagi.
Latar belakang
En Abdul Karim telah menjalankan perniagaan ini semenjak 2011 secara perkongsian bersama En Musa Bin Lebai Mohd Amin. Nama perniagaan beliau ( kamus Katering ) adalah singkatan dari nama Karim dan Musa. Perniagaan beliau dilakukan sekitar perak dan Selangor. Pelbagai pakej catering yang ditawarkan kepada pelanggan sekitar harga dari rm 7.00 seorang sehingga rm 11.00. Berikutan tawaran harga catering yang rendah perniagaan beliau telah mendapat sambutan yang mengalakkan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI TrolakTimur
Sebelum menggunakan ICT pendapatan beliau tidak begitu menggalakkan, dan hanya mendapat tempahan catering sekitar Felda Trolak Timur sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI TrolakTimur
Beliau telah menjadikan Pi1M Felda Trolak Timur salah satu pusat pemasaran perniagaan. Salah satunya meminta nasihat bagaimana untuk meluaskan lagi pasaran perniagaan beliau.
Online Platform : Facebook
https://www.facebook.com/profile.php?id=100006240397077
Antara promosi di media sosial facebook
__________________________________________________________________________________________________
Link Fail : Muhd Hafizal Aiman Bin Abdul Halim
Butiran Diri
Nama :Muhd Hafizal Aiman Bin Abdul Halim
Umur : 18 Tahun
Alamat : No 487 Jalan Suasa 1, Felda Trolak Timur, 35700 Trolak Perak
Latar belakang
Muhd Hafizal Aiman Bin Abdul Halim adalah merupakan seorang cucu kepada peneroka Felda Trolak Timur. Merupakan Anak sulung didalam keluarga. Beliau bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Trolak. Disekolah beliau merupakan pengawas sekolah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI TrolakTimur
Sebelum ini beliau hanya mengulangkaji pelajaran dirumah, tetapi tidak mencukupi untuk meningkatkan lagi pelajaran beliau. Oleh itu, beliau menggambil inisiatif dengan mengikuti segala aktiviti yang dijalankan di Pi1M seperti mencari soalan peperiksaan SPM beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI TrolakTimur
Beliau telah menjadikan PI TrolakTimur salah satu pusat mengulangkaji pelajaran dan mencari maklumat pelajaran yang dipelajari di sekolah. Beliau juga turut mengikuti aktiviti yang dijalankan di PI TrolakTimur . Memandangkan Di Trolak Timur Tidak mempunyai perpustakaan beliau telah menjadikan PI TrolakTimursebagai pusat perbincangan dan mengulangkaji pelajaran bersama rakan-rakannya.
Di samping itu, di PI TrolakTimur juga beliau selalu menonton Youtube bagi memperkembangkan lagi perniagaan yang dia jalankan seperti memonton cara membuat kraftangan.Hasil dari tontonan tersebut, beliau telah mendapat idea dan memulakan perniagaan membuat penanda buku. Beliau telah menjual secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi whattsap.
Seorang yang rajin mengikuti kelas di pusat internet
Antara produk yang dijual oleh Aiman melalui aplikasi whatsapp (penanda buku & buku nota kecil)
Video di youtube yang telah dimasukkan oleh Aiman bagi menyertai pertandingan video MyKomunitiKreatif
Adik Kashful Azim
Butiran Diri
Nama : Muhd Kashful Azim Bin Mad
Umur : 13 Tahun
Kisah Kejayaan
Merupakan anak jati Felda Trolak Timur. Beliau adalah anak bongsu daripada 7 orang adik-beradik. Seorang pengawas sekolah dan pelajar yang aktif serta pintar. Telah memperolehi 5A dalam UPSR dan 5A dalam UPKK sekolah agama Perak. Sekarang telah melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Sains Tapah, Perak.
Penglibatan di Pusat Internet 1Malaysia Felda Trolak Timur
Kebiasaannya Azim akan mengulangkaji pelajaran di rumah sahaja dan pengetahuannya mengenai komputer hanya asas sahaja. Kemudian dengan adanya Pusat Internet 1Malaysia Felda Trolak Timur, beliau telah menjadikan pi1m salah satu pusat mengulangkaji pelajaran bersama rakan. Dan juga tempat untuk mencari maklumat pelajaran yang dipelajari di sekolah. Beliau juga rajin mengikuti aktiviti yang dijalankan di pi1m.
Antara aktivitinya bersama rakan-rakan :
_____________________________________________________________________________________________________
Sal'Hair & Beauty Home Spa
Butiran Diri
Nama : Cik Salamiah Binti Othman
Umur : 36 Tahun
Kisah Kejayaan
Dalam mengusahakan perniagaan ini, beliau menggunakan kemudahan internet di PI TrolakTimur. Internet banyak membantu dalam mempromosikan dan memperkembangkan perniagaan yang dijalankan. Disamping itu, beliau juga dapat menambah kemahiran internet dan pengetahuan lain bagi meningkatkan pendapatan ekonominya bagi memajukan lagi perniagaan spa ini. Perniagaan beliau dibuka secara kecil-kecilan dan telah beroperasi hampir setahun.
Setelah mempelajari internet, beliau dapat mempromosikan kegiatan perniagaan yang dijalankan seperti memuat naik gambar aktiviti perniagaan didalam page facebook yang dibina supaya pelanggan dapat mengetahui suasana dan keadaan perniagaan spa yang dijalankan. Perniagaan beliau pada masa ini juga semakin diketahui ramai.
Antara kelengkapan yang terdapat di dalam spa:
______________________________________________________________________________________________________