1) SOYA
LATAR BELAKANG SYARIKAT WARUAH
Waruah Enterprise (dahulunya didaftarkan atas nama Waruah Matollah Bin Kadri), keseluruhannya adalah milik syarikat bumiputera dan perniagaan ini dijalankan secara Industri Kecil Sederhana (IKS). Ia ditubuhkan pada 28 Julai 1995 yang didaftarkan atas perniagaan jenis milikan tunggal.
Setelah sekian lama peniagaan ini dijalankan secara persendirian, perniagaan ini telah didaftarkan atas nama Waruah Enterprise iaitu perniagaan jenis perkongsian pada tarikh 16 Disember 2008 sehingga sekarang. Syarikat ini beralamat di No.170, Jalan Berlian, Felda Trolak Timur, 35700 Trolak, Perak Darul Ridzuan.
Kegiatan utama syarikat ini adalah menjalankan pemprosesan sos cili, kicap, cuka makanan, kicap cair masin, air soya bean dan pelbagai jenis makanan dan minuman. Nama yang diberikan pada produk ialah WARUAH. Syarikat ini juga menyediakan penghantaran dan pemasaran produk ke tempat-tempat pembekal atau pemborong dan kedai-kedai runcit di negeri Perak.
Syarikat ini mempunyai 4 orang pekerja yang menjalankan kerja pembuatan dan pemprosesan produk. Selain itu, syarikat ini turut mementingkan kualiti produk yang dikeluarkan agar berkualiti dan bersih. Syarikat ini juga telah mendapat Sijil Pengiktirafan Halal dari Jabatan Agama Islam perak (JAIP)
2) GYM
LATAR BELAKANG PUSAT GYM
Encik Mohd Firdos bersama isterinya Puan Najwatunnur dan puteri mereka
Pusat gym ini dibuka oleh Encik Mohd Firdos Abu Bakar berumur 29 tahun dengan tercetusnya minat pada zaman kecil dahulu. Peralatan permulaan hanya dengan buatan sendiri seperti dumbbell iaitu menggunakan tin, batang besi dan simen. Pusat ini beroperasi sejak 2 tahun lepas iaitu pada tahun 2013 dengan hanya bermodalkan simpanan sendiri. Kebanyakan peralatan dibuat sendiri oleh beliau berdasarkan kreativiti. Antara peralatan yang terdapat di pusat gym adalah :
Waktu operasi :- 8.00 Malam hingga 12.00 Tghmalam
Yuran bulanan :-RM 40.00 (Ahli)
RM 2.00/Jam
Hubungi : Encik Mohd Firdos Bin Abu Bakar
013 - 4900181
Lokasi Gym : No 2 Jalan Gerai Felda, Felda Trolak Timur, 35700 Trolak Perak.
Facebook : Mohd Firdos Abu Bakar