PETA PERKAMPUNGAN FELDA TROLAK TIMUR

PETAPERKAMPUNGANftt 

 

PetaTrolakTimur

Peta Felda Trolak Timur

 

Felda Trolak Timur adalah antara penempatan Felda yang termasuk dalam Gugusan Felda Trolak Utara dan Felda Trolak Selatan. Gugusan Felda Trolak Timur ini termasuk dalam naungan Mukim Sungkai, Dun Slim River dan Parlimen Tanjung Malim. Nama Felda Trolak Timur diambil sempena kedudukannya yang berada di sebelah Timur  Gugusan Trolak. Ia mula dibuka pada tahun 1975 dengan jumlah peneroka seramai 480 orang peneroka.

 

Sehingga ke hari ini tiada sejarah yang tepat dapat diperolehi mengenai wujudnya perkampungan Felda Trolak Timur.

 

Sejarah Trolak 

 

Bermula dengan pembukaan tanah rancangan pertama iaitu Tanah Rancangan Ijok pada tahun 1960 dengan keluasan 2778.25 hektar. Wilayah Trolak tertumpu kepada empat gugusan iaitu Hulu Perak, Trolak, Besout dan Hulu Selangor.

 

Sebanyak 21 buah rancangan berpeneroka ditadbir oleh wilayah ini iaitu Lawin Utara, Lawin Selatan, Nenering, Bersia, Papulut, Ijok, Lasah, Sg Klah, Trolak Utara, Trolak Selatan, Trolak Timur, Besout 1, Besout 2, Besout 3, Besout 4, Besout 5, Sg Behrang, Gedangsa, Seoharto, Sg Tengi dan Sg Tengi Selatan.

 

Sebelum wujudnya Wilayah Trolak seperti yang ada pada hari ini, rancangan-rancangan FELDA dari Selangor, Perak, Kedah dan Perlis telah diletakkan dibawah pentadbiran Wilayah Perak, Selangor, Kedah dan Perlis yang berpusat di Ipoh. Kemudian Wilayah ini telah ditukar nama kepada Kawasan Utara yang masih merangkumi kawasan yang sama. Selepas itu sekali lagi nama telah ditukar kepada Wilayah Ipoh. Apabila Wilayah Ipoh ditutup, kawasan pentadbiran telah dipecah kepada dua bahagian iaitu WIlayah Trolak dan Alor Star. Kawasan yang merangkumi Wilayah Trolak adalah negeri Perak dan Selangor seperti yang ada pada hari ini.