Adik Kashful Azim

 

 Untitled

Butiran Diri

Nama : Muhd Kashful Azim Bin Mad

Umur : 13 Tahun

Kisah Kejayaan 

Merupakan anak jati Felda Trolak Timur. Beliau adalah anak bongsu daripada 7 orang adik-beradik. Seorang pengawas sekolah dan pelajar yang aktif serta pintar. Telah memperolehi 5A dalam UPSR dan 5A dalam UPKK sekolah agama Perak. Sekarang telah melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Sains Tapah, Perak.

Penglibatan di Pusat Internet 1Malaysia Felda Trolak Timur

Kebiasaannya Azim akan mengulangkaji pelajaran di rumah sahaja dan pengetahuannya mengenai komputer hanya asas sahaja. Kemudian dengan adanya Pusat Internet 1Malaysia Felda Trolak Timur, beliau telah menjadikan pi1m salah satu pusat mengulangkaji pelajaran bersama rakan. Dan juga tempat untuk mencari maklumat pelajaran yang dipelajari di sekolah. Beliau juga rajin mengikuti aktiviti yang dijalankan di pi1m.

Antara aktivitinya bersama rakan-rakan :

IMG 0427       IMG 0309

 

 

 

_____________________________________________________________________________________________________

 

 

Sal'Hair & Beauty Home Spa

 KakSal

Butiran Diri

Nama : Cik Salamiah Binti Othman

Umur : 36 Tahun

 

Kisah Kejayaan 

Dalam mengusahakan perniagaan ini, beliau menggunakan kemudahan internet di PI TrolakTimur. Internet banyak membantu dalam mempromosikan dan memperkembangkan perniagaan yang dijalankan. Disamping itu, beliau juga dapat menambah kemahiran internet dan pengetahuan lain bagi meningkatkan pendapatan ekonominya bagi memajukan lagi perniagaan spa ini. Perniagaan beliau dibuka secara kecil-kecilan dan telah beroperasi hampir setahun.

Setelah mempelajari internet, beliau dapat mempromosikan kegiatan perniagaan yang dijalankan seperti memuat naik gambar aktiviti perniagaan didalam page facebook yang dibina supaya pelanggan dapat mengetahui suasana dan keadaan perniagaan spa yang dijalankan. Perniagaan beliau pada masa ini juga semakin diketahui ramai.

 

Antara kelengkapan yang terdapat di dalam spa: 

 

           Pic2             Pic4

 

 

______________________________________________________________________________________________________