Selain JKKR, GPW merupakan satu gerakan persatuan yang mewakili seluruh kaum wanita. Mereka terdiri daripada isteri-isteri peneroka rancangan. Matlamatpersatuan ini ialah untuk mewujudkan masyarakat wanita yang maju dan progresif yang boleh memainkan peranan yang lebih berkesan dalam usaha meninggikan taraf hidup dan ekonomi keluarga. Di samping dapat mewujudkan semangat kemasyarakatan dalam kalangan wanita-wanita di tanah rancangan ini.

Tujuan GPW ialah untuk memberi pendedahan idea-idea baru dalam aspek baru iaitu aspek pembangunan keluarga dan masyarakat, di samping menambahkan pengetahuan dan kemahiran penerokawati untuk kemajuan rancangan pada keseluruhannya.

GPW di Felda Trolak Timur diterajui oleh Puan Zaharah Bt Daud. Beliau merupakan seorang pengerusi yang dedikasi. Antara penglibatan GPW di Felda Trolak Timur adalah akan mengadakan gotong royong pada setiap hari Isnin d kawasan persekitaran (yang terlibat). Selain itu memasak untuk majlis yang melibatkan Felda Trolak Timur.