Felda Trolak Timur merupakan sebuah kampung yang terletak di Sungkai, Perak Darul Ridzuan. Tanah Rancangan Felda Trolak Timur telah dibuka pada semua penduduk tempatan pada 1975. Ianya bermula dengan 480 orang peneroka dari seluruh pelosok tanah air. Semua peneroka di sini berketurunan Melayu. Seramai 464 orang peneroka berasal dari Perak, 7 orang peneroka berasal dari Selangor, 4 orang peneroka berasal dari Pulau Pinang, 3 orang peneroka berasal dari Kedah dan seorang peneroka dari Negeri Sembilan dan Johor.
Tanah Rancangan Felda ini bertujuan untuk menolong bumiputera yang tidak mempunyai tanah serta pekerjaan tetap. Felda Trolak Timur adalah antara penempatan Felda yang termasuk dalam Gugusan Felda Trolak Utara dan Felda Trolak Selatan. Gugusan Felda Trolak Timur ini termasuk dalam naungan Mukim Sungkai, Dun Slim River dan Parlimen Tanjung Malim. Jumlah penduduk Felda Trolak Timur mengikut bayaran zakat Tahun 2009 ialah seramai 2,729 orang.
Mukim : Slim
Penghulu Mukim Slim
Nama : Abdul Rahman bin Md Suhaimi
Alamat : Pejabat Penghulu, 35800 Slim, Perak
Tel/Faks : 05-4520573
Dun : Behrang
Adun
Nama : Y.B Salina binti Samsudin
Parti : Barisan Nasional - UMNO
Negeri : Perak
ADUN : N59 Behrang
Parlimen : Tanjung Malim
Penghulu Mukim Sungkai
Nama : Y.B Tn Chang Lih Kang
Parti : Pakatan Harapan - PH
Negeri : Perak
Parlimen : Tanjung Malim
Halaman Facebook Felda Trolak Timur : https://www.facebook.com/pages/Felda-Trolak-Timur-Trolak-Perak/201670199910013
Halaman 2 dari 2