PASUKAN RELA (KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM) FELDA TROLAK TIMUR
Pasukan RELA Felda Trolak Timur ditubuhkan pada Tahun 1990. Asas-asas kepada penubuhan pasukan keselamatan ini ialah untuk menjaga keselamatan kampung dari anasir-anasir yang boleh mengganggu gugat ketenteraman kampung, terutama dalam membendung kegiatan penyalahgunaan dadah, jenayah pecah rumah atau kecurian dan sebagainya. Keahlian Pasukan RELA Felda Trolak Timur sehingga Tahun 2010 ialah 200 orang.
Selain itu, objektif kepada penubuhan pasukan keselamatan ini adalah untuk menarik golongan muda-mudi terutama golongan belia kampung menyertai satu unit dan bergerak dalam pasukan yang mengutamakan disiplin diri bagi mempertahankan keamanan dan keharmonian kampung.
MATLAMAT
Memastikan keamanan dan kesejahteraan kampung terpelihara dan penduduk hidup dalam keadaan aman dan sentosa.
TUJUAN
- Menjadi "mata" dan "telinga" kepada pihak berkuasa (pasukan keselamatan) bagi mengekalkan keselamatan kampung.
- Menyedarkan masyarakat kampung betapa pentingnya menjaga keselamatan.
- Membendung dan membasmi gejala jenayah supaya tidak menular kepada masyarakat kampung.
- Menerapkan semangat kejiranan yang tinggi kepada penduduk kampung dan menyatakan kepentingan menjaga keselamatan kampung adalah tanggungjawab bersama.
AGENSI-AGENSI YANG TERLIBAT
- Polis DiRaja Malaysia.
- Jabatan Agama Islam.
- Pasukan Bomba dan Penyelamat.
- Kementerian Kesihatan.
- Pasukan RELA.
- Agensi Anti Dadah Kebangsaan.
- Pertahanan Awam.
CARTA ORGANISASI PASUKAN RELA (KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM) FELDA TROLAK TIMUR
PENGERUSI |
: |
AHMAD NAZRI B. LOP |
KETUA PLATON RELA (KPR) |
: |
ABU BAKAR B. ISHAK |
PEN. KETUA PLATON RELA (KPR) |
: |
ARBAIAN B. IBRAHIM |
SETIAUSAHA |
: |
MOHD FAUZI B. MOHD KHAZZAI |
BENDAHARI |
: |
MOHD NOR FAIZ B. MOHD RASDI |
AJK |
: |
HARUN B. KAMARUDIN |
: |
ANIZAN ARSHAD B. BAHARUDIN |
|
: |
HARISUN BT. RAMLI |