Selain mempelajari ilmu ICT, PI1M Trolak Timur juga dijadikan sebagai satu tempat untuk mengulangkaji pelajaran bagi pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.
Tarikh :9 Januari 2018
Masa : 3.00pm-5.00pm
Aktiviti riadah ini adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim antara masyrakat khususnya golongan belia, selain menarik minat penduduk trolak timur untuk mengikuti segala program anjuran PI1M Trolak Timur. Aktiviti ini mendapat sambutan dari 4 orang belia dan kanak-kanak.
Tarikh : 16 Disember 2017
Masa : 9.00am-11.00am
Kelas Rapid Typing ini mendapat sambutan dari 6 orang ahli pi1m. Tujuan kelas ini adalah untuk melatih kecekapan dalam menaip supaya kerja yang dilakukan kelak semakin mudah dan menjimatkan masa.
Kelas ini dijalankan pada:
Tarikh : 6 Disember 2017
Masa : 9.30am-11.30am
Aktiviti klik dengan bijak kali ini dijalankan dalam satu kem motivasi di felda Trolak Timur iaitu Kem Remaja Sinergi FTT. Slot ini dijalankan bersama lebih kurang 33 orang belia dan kanak-kanak.Terdapat banyak aktiviti yang diadakan antaranya radio buruk,lakonan semula dan lain-lain lagi. Tujuan aktiviti ini adalah untuk membuka mata masyrakat tentang cara komunikasi yang tepat dan bahayanya jika mesej yang disampaikan itu salah dari yang asal.
Aktiviti ini dijalankan:
Tarikh: 21 Disember 2017
Masa : 3.30pm - 5.30pm
PI1M Trolak Timur mempunyai pelbagai jenis permainan dalaman untuk penggunaaan umum di PI1M ini. Antaranya ialah Vocabs, Jutaria, Congkak,dan macam-macam lagi. Tujuan utama permainan dalaman ini dicetuskan adalah untuk menjadikan pusat internet ini sebagai salah satu tempat beriadah khas bagi golongan kanak-kanak dan belia supaya mereka tidak menggunakan masa lapang mereka dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah.
Tarikh: 5 Disember 2017
Masa : 3.00 pm-5.30pm